Tentang Kami

Pengenalan

StorYah Enterprise ditubuhkan pada April 2009 dengan nombor pendaftaran perniagaan SA0256202-U. Perniagaan teras kami adalah menjual aksesori wanita termasuk kerongsang, gelang, anting-anting dan lain-lain. Bermula dengan pelbagai produk suatu masa dahulu, kami kini lebih dikenali sebagai pengeluar dan pengedar produk aksesori sulaman berasaskan kristal Swarovski tulen.

Syarikat kami berdiri teguh dengan kekuatan empat orang pemegang saham utama dan seorang pemegang saham bersama. Kami juga disokong padu oleh pekerja penyulaman, pereka, pengawal kualiti, pegawai pemasaran dan jualan, pegawai akauntan, pemborong-pemborong dan agen-agen jualan. Kerjasama dan kecekapan setiap ahli dalam StorYah merupakan asas kepada kepercayaan pelanggan-pelanggan kami.
StorYah on the Blog

Terima kasih juga kerana mengunjungi blog StorYah ini. Setelah sekian lama blog ini komited memaparkan produk hiasan dan aksesori wanita berasaskan kristal Swarovski asli termasuk kerongsang, gelang, rantai dan seumpamanya. Kehadiran anda di blog ini benar-benar menyemarakkan keghairahan pihak StorYah meneruskan pengeluaran produk berkualiti dengan rekabentuk terbaru.
 

Bagi menghargai pengunjung blog StorYah yang setia, kami telah menambahbaik fungsi pautan di bahagian atas blog mengikut jenis-jenis kerongsang yang membawa anda kepada katalog-katalog berkaitan. Semua item dalam katalog disusun mengikut warna. Moga dengan aturan begini,  memudahkan lagi pengunjung melayari dan menatap produk-produk kami. Pilihan dan kombinasi warna boleh juga ditempah mengikut kehendak dan kegemaran masing-masing.

Untuk membuat tempahan, sila hubungi pengurus pemasaran & jualan yang tertera di sidebar blog kami. Tempahan melalui laman Facebook juga diterima. Anda boleh juga berurusan dengan pemborong-pemborong yang berdekatan dengan lokasi anda seperti dalam senarai yang disediakan.

Salam hormat,
StorYah

Sekadar imbasan, berikut adalah senarai kerongsang ke katalog pilihan...
(A) KERONGSANG KECIL
 (B) KERONGSANG SEDERHANA

(C) KERONGSANG BESAR

(D) KERONGSANG CANTUM

(E) KERONGSANG JURAI