Saturday, 2 January 2016

Kupu-Kupu dan Teratai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Post pertama untuk tahun 2016, kami mulakan dengan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga kalian sudah menempa azam baru yang akan mencipta kejayaan demi kejayaan untuk tahun ini. Kami di StorYah juga mengharapkan sepanjang 2016 ini kilauan kerongsang sulam kami akan sentiasa mengiringi anda, bukan sekadar pelengkap gaya, malah pelengkap kejayaan anda dengan kilauan Kristal Swarovski asli dan sulaman kukuh.

Untuk peminat-peminat tegar dan juga pemerhati sekelian, anda pasti tertunggu siri produk kami yang baru. Kali ini kami menyajikan dua produk kerongsang iaitu: kerongsang kupu-kupu kristal dan kerongsang sinar teratai.