Pin Shawl Adelia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Bicara tentang kotak pada 7 Mac lepas (pautan) bersambung di sini. Terima kasih kepada yang setia tidak jemu menjenguk catatan kami, walau berjarak masa lebih sepurnama, malah melangkau gerhana malam semalam, masyaAllah. 



Pin dalam Kotak 1

Jawapan apa ada dalam kotak itu ialah Pin Shawl Adelia. Dihidangkan pilihan warna yang hampir pasti menepati citarasa anda dengan harga yang cukup menawan. Sekotak berisi 10 batang pin bertanda harga RM40 sahaja dengan warna mengikut pilihan hati sendiri. Maka, sebatang pin berharga hanya RM4.00. Sungguh murah! 


Pin dalam Kotak 2 

Tunggu sebentar, masih ada misteri perlu dibongkar. StorYah bermurah hati MENURUNKAN HARGA kepada serendah RM3.20 sebatang, dengan hanya berbelanja sebanyak 6 kotak. Kini anda JIMAT 20%. Jika anda di Semenanjung, 6 kotak tadi cuma berharga RM192. Tak percaya? Ini bukan main-main, memang kami tawarkan set ini pada HARGA BORONG, termasuk kos penghantaran.

Pin dalam Kotak 3

Ada lagi misteri? Anda tidak perlu tanggung harga kotak, sebab sekali lagi StorYah bermurah hati menyerap harga 6 unit kotak ini setiap kali anda berbelanja sekurang-kurangnya 6 kotak pin terus dengan StorYah pada harga diskaun YANG SAMA. 


Jangan lupa pilih warna-warna pilihan anda. Atau anda boleh benarkan StorYah cadangkan anda kesemua warna yang ada dalam kotak 1, kotak 2 dan kotak 3. Lebih mudah bukan...?

Salam hormat dan salam ceria,
Admin Blog StorYah

Labels: , , ,