Kerongsang Kecil Bermutiara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Mutiara sememangnya sering dikaitkan dengan hiasan wanita. Ada yang dijadikan gelang, rantai dan sebagainya. Secara alamiah ia adalah kristal kalsium karbonat yang dihasilkan di dalam cengkerang moluska seperti tiram. Oleh kerana ianya begitu cantik, ditambah dengan kesukaran mencari dan menuai mutiara daripada moluska di dasar laut menjadikan ia bahan mentah yang mahal. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi, Swarovski berjaya menghasilkan replika mutiara dengan sifat-sifat menyerupai mutiara asli dari segi berat, kepadatan, pantulan dan sifat permukaannya. 



Selari dengan komitmen StorYah menggunakan hanya kristal tulen Swarovski, mereka juga tidak mahu ketinggalan memanjangkan senarai produk mereka dengan menggunakan mutiara Swarovski



Produk yang dimaksudkan adalah kerongsang kecil diberi nama Mutiara Insyirah (gambar di atas). Paras rupanya seakan kerongsang Bunga Insyirah, dan dibezakan dengan sulaman 5 biji mutiara Swarovski di tengahnya. Suatu gabungan kristal dan mutiara Swarovski yang menarik. Untuk pengetahuan anda juga, corak ini ada juga didatangkan dengan jurai seperti Mutiara Insyirah Jurai Hati




Anda boleh sahaja memilih warna kelopak dan jurai kristal kesukaan mengikut carta warna Swarovski yang piawai. Tidak dihadkan juga pelbagai pilihan warna dan bentuk jurai boleh digabungkan seperti dalam post sebelum ini (klik pautan).

Teruskan bersama kami dengan berbagai jenis kerongsang dengan pilihan corak dan warna. Dan pastinya StorYah sentiasa memilih kristal dan mutiara tulen Swarovski untuk anda.

Salam hormat,
Admin Blog StorYah

Labels: , , ,