Saturday, 4 April 2015

Pin Shawl Jurai UFO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Bicara tentang kotak pada 7 Mac lepas (pautan) bersambung di sini. Terima kasih kepada yang setia tidak jemu menjenguk catatan kami, walau berjarak masa lebih sepurnama, malah melangkau gerhana malam semalam, masyaAllah. 


Pin dalam Kotak 1

Kerongsang Kecil Bermutiara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Mutiara sememangnya sering dikaitkan dengan hiasan wanita. Ada yang dijadikan gelang, rantai dan sebagainya. Secara alamiah ia adalah kristal kalsium karbonat yang dihasilkan di dalam cengkerang moluska seperti tiram. Oleh kerana ianya begitu cantik, ditambah dengan kesukaran mencari dan menuai mutiara daripada moluska di dasar laut menjadikan ia bahan mentah yang mahal. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi, Swarovski berjaya menghasilkan replika mutiara dengan sifat-sifat menyerupai mutiara asli dari segi berat, kepadatan, pantulan dan sifat permukaannya.