Saturday, 7 March 2015

Apa di dalamnya...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selalunya admin blog StorYah akan hebahkan produk dan corak kerongsang sulam yang baru. Ada masanya memuatnaik katalog baru dengan warna kristal Swarovski asli. Lain pula kali ini, teruja dengan kotak StorYah. Kotak untuk apa? StorYah jual kotak pula?




Sebelum kita tengok kandungannya, mari kita tengok rupanya dahulu. Bentuk comel bersaiz 8 x 6 x 2 cm (panjang x lebar x tinggi), berwarna kelabu dengan sedikit hiasan.

Untuk pengerahuan semua, kotak-kotak ini bukan untuk dijual. Benar, PERCUMA, tetapi untuk selesaikan masalah pembungkusan dan penghantaran salah satu produk StorYah yang kian laris. Kandungan kotak itu sebenarnya adalah pin selendang. 

Kini, insyaAllah tiada lagi masalah untuk pembungkusan dan penghantaran pin selendang terutama pembelian secara borong dan sebagai koleksi. Buat masa ini, admin belum diberitahu apakah pakej, corak pin dan bilangan minimum pembelian dengan kotak ini. Ia akan dikemaskini dalam ruangan katalog pada masa akan datang. Jadi, teruskan bersama kami.



Salam ceria dengan kotak percuma StorYah ini...