Loket (Pendant) Menjadi Jurai

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2015,

Post untuk awal tahun 2015 adalah sebuah video pendek "menceritakan" kilauan dan pantulan kristal Swarovski (klik pautan di sini). Momentum dari itu, kita cerita pula secara ringkas kegunaan loket (pendant) jenama Swarovski. 

Umum mengetahui loket biasanya menghiasi rantai leher. Bagi mereka yang bertudung, loket pada rantai leher biasanya tersorok di balik tudung. Namun, loket yang sama boleh diletakkan sebagai jurai pada kerongsang seperti salah satu produk popular StorYah iaitu kerongsang Bunga Insyirah Jurai Hati (gambar di atas). Maka, wanita bertudung juga boleh tampak anggun bergaya dengan pemakaian loket pada kerongsang.

Admin juga hendak kongsikan beberepa jenis loket Swarovski yang sering StorYah jadikan jurai pada kerongsang sulam mereka. Antaranya adalah: baroque, heart, flower, helix, pear (6101), rhombus, starfish dan urban seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di bawah.




Kepada wanita dan gadis bertudung yang cantik rupawan, boleh lah pula cuba kerongsang  dengan pelbagai bentuk jurai loket dengan berbagai pilihan warna dan saiz. Gaya anda akan lebih lengkap dengan kerongsang-kerongsang berjurai StorYah.

Salam hormat dan selamat mencuba kerongsang berjurai...!

Admin
StorYah

Labels: , , , , ,