Keperluan Anda Keutamaan Kami: Pin Tudung dan Selendang

"Mula-mula ambil hujung tudung kanan atau kiri depan, letakkan bertindih di bawah hujung yang lagi satu. Ejas la mana-mana yang patut. Kemaskan dan pinkan..." (PAUSE). Begitulah antara contoh ayat tutorial pemakaian hijab berfesyen dalam video YouTube. Perasan tak ada satu perkataan yang admin underline, bold, italic dan merahkan? 



Tepat sekali, perkataan itu ialah PIN!

Post kali ini, memang berkenaan pin. Ada macam-macam jenis hiasan pada pin StorYah. Semuanya dari kristal Swarovski asli. Terbaik dari StorYah untuk anda. Paling diminati adalah pin shawl... Contohnya macam dalam gambar di bawah ini, Pin Shawl Jurai Hati. Nama warnanya pun canggih - "vitrail medium" dan "bermuda blue". Bukan dua warna sahaja, banyak lagi. Cuba selongkar di katalog maya Pin Shawl Jurai Hati.


Anda mungkin pernah guna atau dengar Kerongsang Bunga Insyirah, bukan? Rekabentuk bunganya telah di"copy & paste" ke pin. Maka, jadik lah Pin Bunga Siatan seperti gambar di bawah ini. Cantik dan secocok dengan kerongsang asalnya.

Harga 2018 : RM13.50 per pc

Seterusnya, ialah pin yang paling dinantikan... Pin Shawl Jurai Round. Pin ini pernah diulaskan dalam blog sebelum ini (Produk bertemakan warna-warni). Rekaan ini nampak ringkas tapi tetap bergaya dengan pilihan warna-warna yang sangat menarik, sepertimana nama-nama warnanya.

Harga 2018 : 

Produk berikut pula agak lama juga sudah di pasaran kami. Cuma kurang diiklankan. Nama pin adalah Pin Bunga Jenjarum. Corak asalnya pula hampir menyamai rekabentuk Kerongsang Ixora tidak lama dulu dan sempena pokok bunga jenjarum. Pin jenis ini boleh banyak kombinasi warna. Kalau anda hendak warna anda sendiri, boleh rujuk Pegawai Pemasaran dan Jualan StorYah.

Harga 2018 : RM10.00 seunit

Akhir sekali adalah Pin Selendang. Nama sahaja selendang, tapi pemakai tudung jenis lain pun boleh guna juga. Rekabentuknya ringkas menyebabkan ia salah satu hot item dalam kelas pin. Boleh jenguk-2 warna lain di katalog Pin Selendang.


Moga anda makin tersenyum lebar apabila membaca dan menatap produk StorYah. Selamat ber"window shopping"... Jika ada yang berkenan dihati, terus sahaja hubungi Pengurus Pemasaran & Jualan StorYah:

Cik Rahmah
Telefon/SMS/WA/Telegram: +6011-1567-3645

Salam hormat,
Admin StorYah


Labels: , , , , , ,