Gelang Mutiara Bertatahkan Kristal Swarovski

Salam sejahtera buat pembaca blog StorYah yang dihormati,

Selalunya post kami tentang kerongsang sulam. Kali ini nak kongsi sikit pasal produk lain - GELANG. Ya! Gelang mutiara bertatahkan kristal Swarovski atas permintaan salah seorang pelanggan setia StorYah. Kombinasi 2 bahan utama iaitu mutiara Sabah dan kristal asli Swarovski. Mutiara Sabah itu disediakan sendiri oleh pelanggan.
Ia bagaikan gabungan sifat kelembutan dan ketajaman. Corak yang dihasilkan sebenarnya banyak tetapi admin tak sempat nak snap semua gambar sebab sudah dipos. Ada 3 corak ringkas yang telah direka. Mari sama-sama kita tinjau hasilnya.
Gelang yang pertama ini (gambar dibawah) gelang mutiara Sabah yang diselangi kristal Swarovski dengan warna-warna lembut. 

Gelang yang kedua pula mempunyai corak yang sama tetapi kristal Swarovski berwarna garang. Hari-hari yang nak kelihatan tegas, boleh pakai yang ini.


Yang terakhir pula gelang mutiara dengan jurai kristal Swarovski putih AB dan Rose. Gelang ini sesuai sangat untuk menambah keanggunan pemakai. Sesuai dengan moto StorYah - Pelengkap Gaya Anda...


Semoga pelanggan ini berpuashati dengan hasil rekaan StorYah. Anda bila pula?

Salam mesra,

Admin StorYah
#hanyadistoryah
#pelengkapgayaanda

Labels: , , ,