Wednesday, 22 October 2014

Katanya Kerongsang Yang Melampau...?!!?

Salam sejahtera pengunjung blog dan pelanggan StorYah,

Terkejut admin dengan kata Pengurus Jualan StorYah, ada kerongsang yang MELAMPAU. Tak sangka ada pulak kerongsang begitu. Apa yang melampaunya? Apabila diselidik, rupanya Kerongsang Heksa-4cm... kerongsang panjang StorYah yang sedang laris sekarang, walaupun kata pengurus harga kerongsang itu telah dinaikkan sebanyak dua ringgit kepada RM19. Dulu harganya RM17. Bukan sebab harga minyak naik, tapi baru sedar tersilap pengiraan. Kalau ikutkan mahu juga membantah, tapi bila tengok sendiri kerongsang itu, erm... memang lawa. Jarang ada kerongsang sulam elegant macam ini. Malah admin rasa murah pulak harganya itu... Gambar-gambar kerongsang yang melampau ini disertakan di bawah dan anda dipersilakan untuk survey kerongsang ini.

Sunday, 12 October 2014

Gelang Mutiara Bertatahkan Kristal Swarovski

Salam sejahtera buat pembaca blog StorYah yang dihormati,

Selalunya post kami tentang kerongsang sulam. Kali ini nak kongsi sikit pasal produk lain - GELANG. Ya! Gelang mutiara bertatahkan kristal Swarovski atas permintaan salah seorang pelanggan setia StorYah. Kombinasi 2 bahan utama iaitu mutiara Sabah dan kristal asli Swarovski. Mutiara Sabah itu disediakan sendiri oleh pelanggan.

Saturday, 11 October 2014

Kerongsang Azalea dengan Pelbagai Warna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini StorYah telah designkan satu lagi kerongsang besar (klik sini). Warna yang dipostkan itu adalah warna Amethyst dan Virtual Medium (VM). Kali ini admin sempat snap beberapa lagi kerongsang baru tersebut sekali dengan warnanya. Untuk pengetahuan anda, nama keronsang ini ialah Kerongsang Sulam Azalea. Cantik dan bersinar-sinar... Macam kerongsang-kerongsang sulam StorYah yang lain juga. Di post ini, ada 7 lagi warna untuk dikongsikan. Harga seunit cuma RM48 sahaja. Mari kita tengok yang mana anda berkenan.

Salam mesra,
Admin StorYah
#hanyadistoryah
#pelengkapgayaanda

 Warna: White AB & Blue Zircon