Saturday, 15 November 2014

Saturday, 1 November 2014

Katalog Kerongsang Qaisara

Harga: RM 11.00      Saiz: 1.4 x 1.4 cm

 Warna: White AB

Katalog Kerongsang Bunga Insyirah

Harga: RM 10.50      Saiz: 1.5 x 1.5 cm

Warna: Turquoise

Katalog Kerongsang Heksa

Harga: RM 10.00      Saiz: 1.7 x 0.9 cm

Warna: Tona Biru

Wednesday, 22 October 2014

Katanya Kerongsang Yang Melampau...?!!?

Salam sejahtera pengunjung blog dan pelanggan StorYah,

Terkejut admin dengan kata Pengurus Jualan StorYah, ada kerongsang yang MELAMPAU. Tak sangka ada pulak kerongsang begitu. Apa yang melampaunya? Apabila diselidik, rupanya Kerongsang Heksa-4cm... kerongsang panjang StorYah yang sedang laris sekarang, walaupun kata pengurus harga kerongsang itu telah dinaikkan sebanyak dua ringgit kepada RM19. Dulu harganya RM17. Bukan sebab harga minyak naik, tapi baru sedar tersilap pengiraan. Kalau ikutkan mahu juga membantah, tapi bila tengok sendiri kerongsang itu, erm... memang lawa. Jarang ada kerongsang sulam elegant macam ini. Malah admin rasa murah pulak harganya itu... Gambar-gambar kerongsang yang melampau ini disertakan di bawah dan anda dipersilakan untuk survey kerongsang ini.

Sunday, 12 October 2014

Gelang Mutiara Bertatahkan Kristal Swarovski

Salam sejahtera buat pembaca blog StorYah yang dihormati,

Selalunya post kami tentang kerongsang sulam. Kali ini nak kongsi sikit pasal produk lain - GELANG. Ya! Gelang mutiara bertatahkan kristal Swarovski atas permintaan salah seorang pelanggan setia StorYah. Kombinasi 2 bahan utama iaitu mutiara Sabah dan kristal asli Swarovski. Mutiara Sabah itu disediakan sendiri oleh pelanggan.

Saturday, 11 October 2014

Kerongsang Azalea dengan Pelbagai Warna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini StorYah telah designkan satu lagi kerongsang besar (klik sini). Warna yang dipostkan itu adalah warna Amethyst dan Virtual Medium (VM). Kali ini admin sempat snap beberapa lagi kerongsang baru tersebut sekali dengan warnanya. Untuk pengetahuan anda, nama keronsang ini ialah Kerongsang Sulam Azalea. Cantik dan bersinar-sinar... Macam kerongsang-kerongsang sulam StorYah yang lain juga. Di post ini, ada 7 lagi warna untuk dikongsikan. Harga seunit cuma RM48 sahaja. Mari kita tengok yang mana anda berkenan.

Salam mesra,
Admin StorYah
#hanyadistoryah
#pelengkapgayaanda

 Warna: White AB & Blue Zircon

Friday, 26 September 2014

Galeri Qaisara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak awal sehingga kini kerongsang sulam Insyirah cukup menarik perhatian sebab kecil molek, tahan lasak dan harga yang berbaloi (pinjam kata-kata pelanggan...). Kali ini kami post kerongsang sulam kategori kecil juga. Namanya Qaisara, secantik susunan dan kilauannya. Harga seunit hanya RM11 sahaja. Ada macam-macam warna, tapi kali ini ada 5 (kombinasi) warna dipamerkan dulu. Ikuti post kami akan datang...!


Salam hormat,
Admin StorYah

warna: Putih

Friday, 19 September 2014

Monday, 15 September 2014

Cahaya Hati yang sentiasa menyinar

Salam sejahtera buat peminat kerongsang sulam StorYah,
Mari cuci mata lagi! Tak lama dulu terdapat beberapa set kerongsang sulam Cahaya Hati dengan pelbagai warna. Design kerongsang ini tetap evergreen... Masih banyak permintaan dan pasti anda juga tidak ketinggalan ingin untuk memilikinya. Nak nampak unik lagi, anda boleh pilih kombinasi pelbagai warna mengikut kegemaran anda. Tiada halangan, insyaAllah. Walaupun berbeza warna, harga tetap sama, seunit hanya RM90. Dapatkan maklumat lanjut daripada wakil kami:
SITI RAHMAH MOKHTARUDDIN
(Pengurus Pemasaran dan Jualan)
+6-0111-5673645 (sms/whatsapp/call)
Facebook: StorYah
Salam hormat,
StorYah


Saturday, 6 September 2014

Spyshot kerongsang sulam terbaru StorYah (belum ada nama...)

Assalamualaikum,
StorYah akan ada produk baru...?!? 
Jom tengok kerongsang sulam bersaiz sederhana ditampilkan dengan design baru. Ia masih kekal menggunakan kristal asli Swarovski. Nak tahu lebih lanjut, ikuti kami di Facebook StorYah
Salam ceria...

Kerongsang Sulam Sinar Teratai

Assalamualaikum w.b.t.

Post kali ini menampilkan beberapa foto kerongsang sulam Sinar Teratai berwarna ungu. Walaupun besar tapi laris. Ini hanya baki produk, masih  kekal bersinar  dan sempat snap beberapa keping untuk tatapan kalian. Tapi usah hampa... masih boleh ditempah untuk dijadikan koleksi. Hanya hubungi wakil kami:

SITI RAHMAH MOKHTARUDDIN (Pengurus Jualan)
  • 0111-5673645 (sms/whatsapp/call)
  • Facebook: StorYah
Semoga ceria selalu...




Saturday, 16 August 2014

Galeri Banner StorYah

Assalamualaikum dan Salam sejahterera,
Buat peminat-2 kerongsang sulam Swarovski StorYah dan pembaca sekelian,
Post kali ini adalah himpunan beberapa banner daripada blog dan facebook StorYah sejak awal 2009 sehingga kini. Semoga terus bergaya dengan kerongsang sulam kami.
#bannerstoryah #hanyadistoryah #pelengkapgayaanda


Tuesday, 22 July 2014

Galeri Kerongsang Sulam Swarovski StorYah

Selamat menjamu mata dengan koleksi kerongsang hasil sulaman kristal Swarovski Asli daripada StorYah. Ikuti kami juga di facebook StorYah untuk mendapatkan maklumat lanjut.